ini adalah majlis sambutan hari raya aidilfitri yang telah dijalankan di Istana Kayangan Shah Alam pada tahun 2011. dan Alhamdulillah ini adalah tahun yang ke 6 mak tok menjalankan majlis tersebut. majlis ini dianjurkan setiap tahun adalah untuk meraikan hari raya bersama rakyat. hai kalau hari raya pertama tu jangan haraplah nak melawa bebaju kurung raya, atau pun nak beraya kemana-mana, apa tidaknye semalaman maktok, suami dan anak menantu bertungkus lumus mengerjakan persiapan untuk majlis tersebut. maktok sekeluarga hanya akan meraikan hari raya pada hari kedua. itulah rutin maktok sekeluarga setiap hari raya aidilfitri yang pertama setiap tahun.
kepakaran mak tok ialah menyediakan sajian bbq kambing untuk majlis aqiqah, set nasi beriani dan perbagai jenis set nasi untuk segala jenis majlis dan katering
Monday, February 27, 2012
Friday, February 17, 2012
Putra Height
ini adalah salah satu majlis kahwin yang pernah mak tok jalankan dirumah puan ella di putra height, seperti biasa mak tok lebih suka menggunakan tenaga kerja anak dan menantu mak tok, lebih selesa. majlis akad nikah yang dijalankan dirumah puan ella sangat meriah kerana walau pun kami saling tidak mengenali, dia melayan kami seperti ahli keluarga nya sendiri. almaklumlah satu kampung la katekan, same2 orang penang. alhamdulilah majlis berjalan lancar hingga selesai.
Thursday, February 16, 2012
Majlis Aqiqah
ini adalah beberapa majlis aqiqah yang pernah mak tok jalankan. seperti biasa suami dan menantu mak tok sibuk menyediakan kelengkapan untuk majlis. ini adalah set dan sos yang akan disertakan dalam seekor kambing bbg yang ditempah.
Subscribe to:
Posts (Atom)